Rabu, 19 Ogos 2015

KEM CEMERLANG JAWI - FASA MEMBACA

15/8/2015 : SABTU
SK KEROKOT, TAMBUNAN

Panitia Pendidikan Islam SK Kerokot telah mengadakan Kem Cemerlang Jawi untuk murid tahun 2- 6. Seramai 18 orang yang menyertai kem tersebut .

Tujuan Kem Cemerlang Jawi Fasa Membaca ini ialah pada akhir kem, diharap murid dapat membaca jawi dengan fasih, betul dan lancar . Walaupun ia hanya program rintis untuk Program j-Qaf namun kehadiran murid mencapai 100%.


                                                      Murid dibekal modul secara individu
Solat zohor dan asar turut dibuat secara jemaah sebagai pengisian rohani
                                    Murid gigih berusaha latih tubi membaca sebelum syafawi


Nota :
- Moga jawi mampu dikuasai murid2 ini sebagai bekalan untuk hari mendatang

TAKLIMAT SIAP SIAGA MENGHADAPI BENCANA ALAM

07/08/2015 - SK Kerokot telah menerima kehadiran Pegawai Bomba bersama beberapa anggota dari Balai Bomba Daerah Tenom untuk tujuan di atas.

Taklimat ini bertujuan untuk menyediakan semua warga sekolah terutamanya murid tentang pendedahan dan langkah yang patut dilakukan apabila berlaku sesuatu bencana alam terutamanya bencana alam Gempa Bumi.

Hal ini kerana selepas tragedi Gempa Bumi yang mengegar seluruh peribumi Sabah masih lagi terdapat gegaran aktif dengan skala yang rendah namun sedikit sebanyak memberi kesan fizikal serta emosi kepada warga sekolah khususnya,

 
Barisan Anggota Bomba yang sentiasa siap siaga membantu memberi maklumat kepada warga sekolah
                                                                Biar Brosur berbicara
                                     Cenderakenangan dari SK Kerokot kepada anggota Bomba

nota:
- malang tidak berbau, namun bawalah payung tuk persediaan,..

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1436H 2015 & PROGRAM MOTIVASI IBUBAPA

Pada 05/08/2015 bersamaan hari Rabu, SK Kerokot telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri .

Program ini telah berkolaborasi dengan Program Motivasi Ibubapa . Seterusnya diteruskan dengan Penangguhan Program Menempa Kecemerlangan UPSR 2015.

Hampir semua ibubapa tahap 2 turut hadir menyertai program motivasi seterusnya memenuhi Jemputan Sambutan Hari Raya pada tahun ini

Guru Penyayang sepanjang masa menyedia makanan utk anak murid

                                                       Suasana meriah bahang Aidilfitri
                                                                  Kad Jemputan Aidilfitri
Murid dan ibubapa dalam Perasmian Penagguhan Program Menempa Kecemerlangan UPSR 2015


Nota :
-murid memang sentiasa gembira tak kira apa program.
murid gembira...guru pun suka