Sabtu, 10 Oktober 2015

HARI SUKAN NEGARA 10/10/2015

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Tarikh : 10.10.2015 (SABTU)
Tempat : Sk Kerokot, Tambunan, Sabah
Sasaran : Semua murid, guru dan kakitangan sekolah


Seluruh negeri dalam Malaysia hari ini menyahut seruan kerajaan untuk menganjurkan dan mengadakan Hari Sukan Negara.

Sasaran untuk Hari Sukan Negara ialah sebanyak 3 juta meliputi semua agensi kerajaan dan swasta serta sekolah-sekolah KPM.

Sk Kerokot tidak ketinggalan , turut sama menyertai dan menyahut seruan kerajaan untuk sama-sama meraikan Hari Sukan Negara seperti di sekolah,sekolah lain.

Alhamdulillah hari Sukan Negara peringkat SK Kerokot telah berjalan dengan jayanya.
Antara acara sukan yang berlangsung ialaK

  1. Senamrobik Kerokot Cergas
  2. Sukaneka Tahap 1
  3. Galah Panjang Tahap 2 bersama gurudan kakitangan sekolah


Biarlah gambar dirakan menceritakan segalanya....
Brosur 

Senamrobik Kerokot Cergas

Riang ria murid cuba melakukan pergerakan

Kelihatan  gembira murid bersenamrobik

Sukaneka Tahap 1 ; Gelecek Bola

Sedaya upaya untuk menang

Kemahiran dipraktik

Murid Tahap 2 bermain Galah Panjang

Murid VS Guru acara Galah Panjang

Guru cuba melepasi halangan Galah panjang

Magical Chair Tahap 1

main cop-cop kerusi pulak

Pusing-pusing..muzik belum berhenti

Rebuuttt...na...ada kerusi lebih tu na..

Murid menunggu untuk Majlis Penutupan hari Sukan Negara

Ucapan Guru Besar Majlis Penutupan Hari Sukan Negara SkKerokot 2015

Ketiga Sukaneka Tahap 1

Naib Johan Sukaneka Tahap 1

Juara Sukaneka Tahap 1

Ketiga Pemenang Magical Chair

Kedua Pemenang Magical Chair

Juara Pemenang Magical Chair

Tempat Keempat Galah Panjang

Tempat Ketiga Galah Panjang

Kedua Galah Panjang

Juara Galah Panjang Kumpulan Barisan Guru
Semoga Hari Sukan yang berlangsung mampu menyuntik semangat buat barisan Kontinjen sekolah untuk menghadapi Kejohanan Majlis Sukan Sekolah yang akan berlangsung pada akhir Oktober ini.

Majulah Sukan untuk negara demi kepentingan kesihatan diri sendiri juga,
K E R O K O T    B O L E H !!!

Rabu, 16 September 2015

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2/2015

Assalammualaikum wbt dan Salam sejahtera.

Tarikh : 12 September 2015
Tempat : SK Kerokot, Tambunan, Sabah
Penglibatan : 27 orang murid Tahun 1-6

Panitia Pendidikan Islam SK Kerokot telah sekali lagi mengadakan Kem Bestari Solat Fasa 2/2015.
Tujuan utama program ini adalah untuk melahirkan murid yang pandai dan mengamalkan solat dalam kehidupan seharian sebagai memenuhi tuntutan seorang muslim.

Antara lain, ia juga berharapa agar murid dapat menguasai perlakuan serta bacaan dalam solat bagi memberikan pencapaian yang terbaik dalam ePelaporan Program j-Qaf.

Murid melakukan amali

Murid mendengar penerangan serta tunjuk cara dengan bantuan beberapa orang murid

Moga ia memberi manfaat dalam kepada semua..

PROGRAM SENTUHAN NUR UPSR 2015

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera..

Tarikh : 07 September 2015
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Kerokot
Penglibatan : Semua murid Tahun 1- 6, Ibubapa Murid Tahun 6 dan semua guru


Pagi yang indah dengan detik yang semakin mendebarkan calon. Satu lagi program kecemerlangan diatur oleh pihak sekolah untuk kali terakhir bagi calon UPSR 2015 iaitu Program Sentuhan Nur UPSR 2015.

Dalam program ini, semua murid akan bersalaman dengan Calon UPSR diikuti dengan Calon UPSR bersalaman dengan para guru dan terakhir dengan ibubapa masing-masing.
Sebagai tanda warga sekolah semua merestui dan mendoakan kecemerlangan mereka dalam UPSR.

Murid membuat bulatan sedia untuk bersalaman

Calon dibekal alat tulisan sumbangan dari pihak sekolah
Calon UPSR 2015

Barisan hadirin yang hadir

Guru Besar, En. Mailon Intang memberi kata aluan

Barisan waris, ibu bapa dan penjaga Calon UPSR 2015 sudi meluangkan masa untuk anak tercinta

Calon bersalaman dengan guru dan ibubapa serta waris


Moga kecemerlangan milik anda semua dan menjadi kebanggaan kita semua..Amin.

MODERASI UPSR 2015

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Tarikh : 03 September 2015
Tempat : Perpustaakaan SK Kerokot
Penglibatan : Semua guru dan murid Tahun 6


Detik menghitung hari menunggu ketibaan hari yang paling besar dan penting di peringkat sekolah rendah,
Bukan calon UPSR sahaja, malah semua guru turut merasai degupan ke saat yang ditunggu.


Moderasi UPSR adalah program yang diadakan bertujuan sebagai simbolik kepada semua warga pendidik merestui segala tunjuk ajar yang telah diberikan selama 6 tahun berada di sekolah tersebut sebagai bekalan untuk menghadapi UPSR.

Dalam program ini, semua guru mengambil kesempatan mengucap kata-kata semangat kepada semua calon dan calon diberikan peluang untuk berinteraksi dua hala dalam program ini.

semua guru-guru turut menyampai amanat terakhir untuk calon UPSR

Antara calon UPSR 2015

Moga ia menjadi suatu restu yang mengiringi mereka masuk dan menduduki peperikssan dengan tenang...Amin.

PROGRAN TITIPAN RESTU UPSR 2015 BERSAMA MENTOR SEKOLAH

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Tarikh : 01 September 2015
Tempat : Sk Kerokot, Tambunan,
Sasaran/Penglibatan : Murid tahun 6 bersama Mentor sekolah dari PPD Tambunan

Selepas Sentuhan Monotos dari Tuan Pengarah PPD, sekolah sekali lagi menerima kunjungan susulan daripada Mentor Sekolah dari PPD Tambunan pula iaitu Puan Laineh Ebit dan Puan Rozita Francis.

Tujuan utama Program Titipan Restu UPSR 2015 ini ialah

  1. Beramah mesra dengan calon disamping mengeratkan hubungan yang telh terbina sekian lama,
  2. Pemantauan dari pihak PPD terhadap perkembangan calon-calon UPSR 2015.
  3. Berkongsi tip dan teknik menghadapi dan menjawab soalan peperiksaan UPSR bersama calon.

Dari kiri : Puan Rozita Francis diikuti dengan Puan Laineh Ebit

Interaksi dua hala antara Mentor dan calon UPSR 2015

Diharap kunjungan mentor ke sekolah memberi dan menyuntik semangat kecemerlangan dalam diri calon untuk mengukir kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR 2015


SENTUHAN MONOTOS UPSR 2015

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Tarikh : 28 Ogos 2015
Tempat : Sk Kerokot, Tambunan, Sabah
Sasaran : Murid tahun 6 (Calon UPSR 2015)

Pada tarikh yang tersebut, pihak sekolah telah menerima kunjungan dari Tuan Haji Kaipin bin Rosmin  , Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan yang turut sama membuat lawatan kerja ke sekolah ini,

Namun tujuan utama kunjungan lawatan tersebut adalah untuk memberi semangat dan motivasi kepada semua calon UPSR iaitu murid yang akan menduduki Peperiksaan UPSR September ini.


Kunjungan beliau memberikan semangat dan motivasi kepada calon UPSR yang sedang menghitung hari untuk menghadapi perkara yang terbesar di sekolah rendah,,,

Sekian , Terima Kasih,

KEM CEMERLANG JAWI - FASA MENULIS

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera...

Tarikh     : 22 Ogos 2015
Tempat   ; Sk Kerokot, Tambunan Sabah
Anjuran  : Panitia Pendidikan Islam

Sk Kerokot telah meneruskan aktiviti program jqaf iaitu Kem Cemerlang Jawi fasa Menulis.

Dalam program ini, murid-murid Islam telah diajar asas menulis huruf- huruf jawi tunggal, bersambung dan kaedah mengeja dengan betul.

Latih tubi secara terus selepas teori diajar


Murid tekun membuat latih tubi secara individu sambil disemak secara terus oleh guru
Gambar kenangan peserta KCJ 2015

Diharap program KCJ dapat diteruskan pada masa akan datang supaya murid dapat menguasai tulisan jawi secara bacaan dan tulisan dengan sebaiknya di samping memberikan impak positif dalam pencapaian ePelaporan Program j-Qaf pada masa akan datang.


Nota tangan :

Jika diajar secara latih tubi inshaAllah murid akan kuasai apa ilmu yang disampaikan,,,

sekian.terima kasih

Rabu, 19 Ogos 2015

KEM CEMERLANG JAWI - FASA MEMBACA

15/8/2015 : SABTU
SK KEROKOT, TAMBUNAN

Panitia Pendidikan Islam SK Kerokot telah mengadakan Kem Cemerlang Jawi untuk murid tahun 2- 6. Seramai 18 orang yang menyertai kem tersebut .

Tujuan Kem Cemerlang Jawi Fasa Membaca ini ialah pada akhir kem, diharap murid dapat membaca jawi dengan fasih, betul dan lancar . Walaupun ia hanya program rintis untuk Program j-Qaf namun kehadiran murid mencapai 100%.


                                                      Murid dibekal modul secara individu
Solat zohor dan asar turut dibuat secara jemaah sebagai pengisian rohani
                                    Murid gigih berusaha latih tubi membaca sebelum syafawi


Nota :
- Moga jawi mampu dikuasai murid2 ini sebagai bekalan untuk hari mendatang

TAKLIMAT SIAP SIAGA MENGHADAPI BENCANA ALAM

07/08/2015 - SK Kerokot telah menerima kehadiran Pegawai Bomba bersama beberapa anggota dari Balai Bomba Daerah Tenom untuk tujuan di atas.

Taklimat ini bertujuan untuk menyediakan semua warga sekolah terutamanya murid tentang pendedahan dan langkah yang patut dilakukan apabila berlaku sesuatu bencana alam terutamanya bencana alam Gempa Bumi.

Hal ini kerana selepas tragedi Gempa Bumi yang mengegar seluruh peribumi Sabah masih lagi terdapat gegaran aktif dengan skala yang rendah namun sedikit sebanyak memberi kesan fizikal serta emosi kepada warga sekolah khususnya,

 
Barisan Anggota Bomba yang sentiasa siap siaga membantu memberi maklumat kepada warga sekolah
                                                                Biar Brosur berbicara
                                     Cenderakenangan dari SK Kerokot kepada anggota Bomba

nota:
- malang tidak berbau, namun bawalah payung tuk persediaan,..

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1436H 2015 & PROGRAM MOTIVASI IBUBAPA

Pada 05/08/2015 bersamaan hari Rabu, SK Kerokot telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri .

Program ini telah berkolaborasi dengan Program Motivasi Ibubapa . Seterusnya diteruskan dengan Penangguhan Program Menempa Kecemerlangan UPSR 2015.

Hampir semua ibubapa tahap 2 turut hadir menyertai program motivasi seterusnya memenuhi Jemputan Sambutan Hari Raya pada tahun ini

Guru Penyayang sepanjang masa menyedia makanan utk anak murid

                                                       Suasana meriah bahang Aidilfitri
                                                                  Kad Jemputan Aidilfitri
Murid dan ibubapa dalam Perasmian Penagguhan Program Menempa Kecemerlangan UPSR 2015


Nota :
-murid memang sentiasa gembira tak kira apa program.
murid gembira...guru pun suka