Sentuhan Nur untuk pelajar UPSR 2012 telah diadakan pada 10.09.2012 sebagai tanda sokongan daripada ibubapa dan warga SK Kerokot kepada mereka untuk mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan UPSR mereka.
Selasa, 11 September 2012
EN.THADDEUS (GURU CEMERLANG MENJALANKAN TUGASAN)
En. Thaddeus, Guru Cemerlang Daerah Tambunan yang juga merangkap Pengerusi Guru Cemerlang Daerah Tambunan telah bersama-sama dengan warga SK Kerokot selama 2 minggu untuk melengkapkan sebahagian tugasannya yang sedang beliau ambil di Institut Aminuddin Baki. Beliau mengakhiri tugasan beliau di sekolah ini pada 08.09.2012. Selamat Maju Jaya kepada beliau.
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2012
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah Telah Diadakan Dan Disambuat Secara Sederhana Pada 30.08.2012. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan seperti mewarna, bersajak dan pertandingan karaoke lagu kemerdekaan.
Isnin, 9 Julai 2012
SENAMAN 1 MALAYSIA - 10.07.2012
Senaman 1Malaysia telah diadakan di gelanggang bola tampar pada 10.07.2012. Murid dari Pra sekolah hingga Tahun 6 turut serta semasa senaman ini.
Sabtu, 7 Julai 2012
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Pihak sekolah telah mengadakan Program Serlah Minda untuk murid Tahun Enam (UPSR) dari 27 - 30 Jun 2012. Salah satu pengisian dalam program tersebut adalah lawatan sambil belajar pada 30 Jun 2012.Kakitangan sekolah, murid-murid tahun enam dan ibubapa telah sama-sama mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha, UMS, Muzium Sabah dan Zoo Lok Kawi
Rabu, 4 Januari 2012
KAKITANGAN SK KEROKOT 2012
En.Mailon Intang (GB), En.Kunfok Majail (PK1), Pn.Munita Alin (PK HEM),
Utz Raimin Marasin (PK KOKUM), En.Mahat Abdullah, Pn.Conny J Billy,
Pn.Juhina Sundang,Cik Biah Gugau, Cik Cindy Philip@Nisha Ismail, En.Juques Mahat,
En.Jerry John, Cik Scholastica Y (Guru Pra), En. Janarius Jango,
Cik Alice Radin Michael (Pembantu Murid), En.Anselm S. Gulod (Kerani Pentadbiran)
& En.Marcus Lidang (Kerani)
KAKITANGAN BERPINDAH / BERSARA
Pn.Ruseneh Awang (Kerani Pentadbiran) telah berpindah ke SRK Yuh Min Pada 20.09.2010. Cikgu Marius Orou telah berpindah ke Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan pada 05.01.2011.Cikgu Mahat Abdullah bersara wajib pada 18.10.2011. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan mereka selama berada di sekolah ini. SELAMAT MAJU JAYA kepada mereka.
Langgan:
Catatan (Atom)